Wednesday, July 11, 2007

BULAN RAJAB BULAN ALLAH



Susunan Muhammad Isa al-Jambuli
DI ANTARA dua belas bulan dalam tahun Hijrah, terdapat empat bulan pilihan yang dinamakan bulan haram (diharamkan manusia berperang), iaitu bulan Muharram, Rajab, Zul-Qi'dah dan Zul-Hijjah. Di antara empat bulan itu pula, bulan Rajab menjadi pilihan sebagai bulan istimewa, di samping bulan Sya'ban dan Ramadhan. Tersebut dalam kitab Jam'atul-Fawaid wa Jawahirul-Qalaid : Ketiga-tiga bulan istimewa itu, dalam hal yang berkaitan dengan pertanian, Rajab adalah sebagai bulan menabur biji benih, Sya'ban sebagai bulan menyiram tanaman dan bulan Ramadhan sebagai bulan menuai hasil tanaman itu. Jadi, sesiapa yang tidak menabur biji benih (biji taat) pada bulan Rajab dan tidak menyiram (mengalirkan air mata kesalan dan keinsafan) pada bulan Sya'ban, betapa dia dapat menuai dalam bulan Ramadhan? Al-Syaikh Abdul-Qadir al-Jailani r.a. pula membandingkan ketiga- tiga bulan tersebut dengan perkembangan sepohon pokok. Rajab itu hari tumbuh daunnya, Sya'ban itu hari keluar buahnya dan Ramadhan itu hari panen. Lebih jauh disebutkan lagi, Rajab menyucikan badan, Sya'ban menyucikan hati dan Ramadhan menyucikan roh. Dikatakan juga, Rajab bulan maghfirah (keampunan daripada Allah), Sya'ban bulan syafa'at (pertongan daripada Allah) dan Ramadhan penggandaan segala kebajikan. Asal-usul nama "Rajab" : Perkataan Rajab dalam tulisan al-Quran terdiri daripada tiga huruf akronim : ra' daripada kalimah rahmatullah (rahmat Allah), Jim dari- pada kalimah jinayatul-'abd (kesalahan hamba Allah) dan ba' daripada kalimah birrullah (kebajikan Allah). Bulan Rajab disebutkan juga dengan nama : Al-summun, bermaksud tuli, bermaksud tidak dapat mendengar bunyi senjata kerana peperangan diharamkan sepanjang bulan. Kelebihan bulan Rajab: Ulamak meriwayatkan beberapa Hadith yang memperkatakan tentang keistimewaan dan kelebihan bulan Rajab. Di antaranya: Rasulullah saw bersabda, (mafhumnya), "Ketahuilah oleh kamu, bahawasanya Rajab itu bulan Allah, Sya'ban itu bulanku dan Ramadhan itu bulan umatku." Dalam sabda Rasulullah yang lain (mafhumnya), "Kelebihan bulan Rajab daripada segala bulan seperti kelebihan al-Quran daripada segala Kalam (kitab Allah). Rasulullah saw ditanya, "Apakah maksud 'Bulan Allah' itu, ya Rasulullah?". Rasulullah saw bersabda (mafhumnya), "Maksudnya ditentukan dengan maghfirah, ditegah menumpahkan darah, ditaubatkan oleh Allah para anbiak dan diselamatkan para auliak daripada seteru mereka..." Diriwayat, bahawa Allah SWT menciptakan bumi yang putih di belakang bukit Qaf. Di situ penuh dengan para malaikat yang masing- masing memegang panji-panji yang tersurat "La ilaha illallah, Muhammadun Rasulullah". Dan, pada tiap-tiap malam dalam bulan Rajab para malaikat itu beristighfar untuk seluruh umat Muhammad saw. Mengikut sejarah, antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rajab ialah Allah SWT menyelematkan Nabi Allah Nuh a.s. dan pengikut-pengikut baginda (termasuk binatang-binatang) daripada banjir besar dengan sebuah bahtera yang besar. Selain peristiwa itu, yang palinng penting bagi umat Islam dan paling menakkjubkan tentang kekuasaan dan kebesaran Allah SWT ialah peristiwa Isra' dan Mi'raj yang disambut oleh umat Islam setiap 27 Rajab setiap tahun. Peristiwa tersebut sudah cukup untuk membuktikan kelebihan bulan Rajab. Selain itu banyak keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Islam yang beramal ibadat dalam bulan ini. Fadhilat Beribadat dalam Bulan Rajab : Ibadat puasa: Dicatatkan oleh al-Syaikh Abdul-Qadir al-Jailani dan kitabnya Ghunyah, Rasulullah saw bersabda, mafhumnya, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan berpuasa sehari dalam bulan Rajab dengan mengharapkan pahalanya, diwajibkan kepadanya ridhuan dan didudukkan di dalam Firdaus, syurga yang paling tinggi. Sesiapa berpuasa dua hari, maka dikurniakan dua kali ganda pahala, tiap-tiap satunya umpama dunia. Sesiapa berpuasa tiga hari, dijadikan oleh Allah di antara dirinya dan neraka sebuah parit sepanjang perjalanan setahun. Sesiapa berpuasa empat hari, dijauhkan daripad bala, fitnah Dajjal, sopak dan penyakit-penyakit yang lain. Sesiap berpuasa lima hari, mescaya disentosakan daripada azab kubur. "Sesiapa berpuasa enam hari, keluar dari mukanya dan kuburnya cahaya yang lebih terang daripada bulan purnama. Sesiapa berpuasa tujuh hari, ditutup daripadanya tujuh pintu neraka Jahannam. Sesiapa berpuasa delapan hari, maka dibuka oleh Allah baginya delapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa sembilan hari, keluar dia dari kuburnya dan mengucap la ilaha illallah dan tidak ditolak dari syurga. Sesiapa berpuasa sepuluh hari, disediakan oleh Allah hamparan pada tiap-tiap sebatu siratal- mustaqim dan dia duduk berehat di atasnya....." Disebutkan lagi fadhilat-fadhilat bagi tiap-tiap tambahan bilangan hari seseorang itu berpuasa, sampai dua puluh hari semuanya. Abu al-Darda' r.a pula meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda (mafhumnya), "Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Rajab, seolah-olah dia mengerjakan ibadat seumur hidupnya dan berpuasa serta bersembahyang selama-lamanya...." Dalam riwayat lain, Rasulullah saw bersabda, mafhumnya, "Sesiapa berpuasa sebulan bulan Rajab, Allah mewajib ke atasnya tiga perkara, diampunkan segala dosanya yang terdahulu, dipeliharakan sepanjang umur hidupnya selepas itu dan disentosakan dia daripada dahaga pada hari kiamat". Sembah seorang lelaki, "Ya, Rasulullah. Aku dhaif (tak terdaya) berpuasa sebulan penuh". "Puasalah pada awalnya, tengahnya dan akhirnya. Sesungguhnya engkau diberi pahala puasa sebulan juga...", sabda Rasulullah saw. Ibadat sembahyang: Diriwayatkan oleh Thauban r.a., Rasulullah bersabda (mafhumnya), "... Demi Allah, diriku pada tangan kudarat-Nya, tiada daripada muslim atau muslimah yang berpuasa sehari pada bulan Rajab dan mengerjakan sembahyang (wajib dan sunat) pada malanya, melainkan disuratkan oleh Allah kepadanya ibadat setahun dan terlepas daripada seksa kubur". Ibnu Mas'ud r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda (mafhumnya), "Sesiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab dan pada malanya mendirikan sembahyang (wajib dan sunat), baginya pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun dan dan Allah mengampuni tujuh puluh dosa besar tiap-tiap hari ..." Sedekah: Rasulullah saw pernah ditanya, "Apakah yang sebaik-baiknya dilakukan oleh orang yang tidak terdaya berpuasa dalam bulan Rajab?", Sabda Rasulullah saw, "Bersedekahlah dia. Sebiji roti setiap hari, umapamanya". Dalam riwayat lain,Rasulullah saw bersabda, mafhumnya, "Sesiapa bersedekah dalam bulan Rajab, dijauhkan dia dari api neraka".
Dalam kitab Ghunyh, Syaikh Abdul-Qadir al-Kailani, meriwayat- kan : "... Sesiapa berpuasa dan bersedekah pada hari dua puluh tujuah Rajab, disuratkan Allah baginya pahala puasa seribu tahun dan pahala memerdekakan seribu sahaya". Salman al-Farisi r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda, mafhumnya, "Sesiap berpuasa sehari dalam bulan Rajab, maka seperti dia berpuasa seribu tahun dan memerdekakan seribu sahaya. Dan, sesiapa bersedekah dalam bulan Rajab dengan satu sedekah, maka seperti dia bersedekah dengan seribu dinar dan disuratkan Allah seribu kebajikan bagi tiap-tiap urat bulu roma di badannya, diangkatkan baginya seribu darjat dan dihapuskan daripadanya seribu kejahatan". Istighfar dan/atau zikir : Dalam satu riwayat, apabila ditanya, apa yang sepatut dilakukan oleh seorang yang tidak terdaya berpuasa dan tidak mampu bersedekah dalam bulan Rajab. Rasulullah menganjurkan suapaya orang itu bertasbih (dibacakan tasbihnya). Diriwayatkan oleh Ali k.w, bahawa Rasulullah bersabda, "Perbanyakkan oleh kamu beristighfar dalam bulan Rajab...." Berkata Wahab bin Munbah r.a., Aku telah baca bebearapa kitab Allah yang tercatat, "Seiapa mengucap istighfar pagi dan petang dalam bulan Rajab sebanyak tujuh puluh kali, diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka". Wallahu a'lam.

BULAN REJAB

Wahai Saudara-saudaraku yang budiman, Pada hari Isnin tanggal 16 Julai 2007 kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita simak ada apa di balik bulan Rejab itu. Dir iwa yatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:

* Barang siapa yan g berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keridhaan yan g besar dari ALLAH swt

* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Sabtu, 11 Ogos 2007) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

* Barang siapa yan g berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

* Barang siapa yan g berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah swt

* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga

* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yan g telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yan g menambah (hari-hari
puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari
madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yan g membaca salawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah r iwa yat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu
Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.
Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"
Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur."
Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari siksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yan g telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yan g berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."

Sabda beliau lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka ken yan g, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

Wednesday, May 30, 2007

Air Mata Rasulullah SAW~

Memang tersentap jiwa....walau pun sudah berkali2 membaca kisah ini.

Ketahuilah sebab itu kesakitan sakaratul maut umat Nabi

Muhammad telah dikurangkan 99% kerana Rasulullah dah

ambil in advance utk umatnya.atas permintaan Baginda.......

Sekadar mengingatkan dan menyentap Iman kita kejap...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang

berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?"

tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,

"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang

membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia

kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka

mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai

anakku?"

Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini

aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu,

Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan

Yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah

anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan

sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di

dunia.Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut

dating menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa

Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah

bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih

Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"

Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat

telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti

kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya

Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib

umatku kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah

mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga

bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada

didalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan

tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh

tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya

menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali

yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril

memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu

Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar

wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah

direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh,

karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah,

dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut

ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah

mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak

lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,

Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis

shalati, wa maa malakat aimanukum – peliharalah shalat

dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,

sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan

di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya

ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii,

ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi

sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai

sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim

'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya

agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan

RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Tuesday, April 03, 2007

Cerita dipetik dari Para Wali....




Cerita dipetik dari Para Wali....
Asalamulaikum diucapkan kepada semua ...barang sesiapa yang membaca cerita ini harap dapat menjadikan satu akhitbar untuk kita selama-lamanya.Cerita ini di ceritakan kepada seorang hamba Allah yang Paling Allah sayanginya.Dalan tidak sedar dia telah melakukan perkara-pekara yang dia sendiri tidak duga

Pada Zaman Rasulluah SAW,ada seorg nelayan yang cukup bahagia.Seorg nelayan ini mempunyai isteri dan anak-anak soleh/soleha.Mereka hidup dengan gembira bahagia dan mereka tidak pernah lupa kepada Allah SWT

Nelayan ini setiap masa sujud dan menyembah Sang Pencipta.Dia tidak pernah lupa pada Allah dan Allah selalu memberi apa yang diminta olehnya.

Pada suatu hari, terdetik dalam harinya sesuatu yang tidak disangka-sangka dan di berfikir sambil berkata di dalam hatinya aku selalu menyembah Allah dan tidak pernah lupa kepada-Nya.tetapi Allah tidak adil kepada ku....?Kenapa??...bisik hati kecilnya.

Lantas masa itu dia terus sembahyang dan meminta doa kepada Allah SWT


Doanya...

Ya..Allah ..Dimana keadilan Mu..?

Aku mohon keadilan Mu ......

Selamu ini aku Bermohon kepadaMu dan Dikau tak pernah lupa dan beri kepada ku...dan aku bersyukur ....


Tapi ...Ya Allah Kenapa Dikau tak memberikan aku kekayaan...yang ku pohon kepadaMu ...Kenapa Ya Allah ...Kenapa?

Orang lain pergi menangkap ikan dengan membawa hasil pulangan yang bergitu banyak sekali ....

Tapi aku...hanya bawa untuk tangkapan cukup-cukup untuk makan ku sahaja..

Dikau kurniakan kepada orang lain Rumah Mewah-mewah dan harta yang bergitu banyak...

Tapi aku hanya duduk didalam rumah yang ala`kadar sahaja dan harta yang tak seberapa....

Kenapa Dikau tak kurniakan aku macam org lain Ya Allah ....Sedangkan aku selalu memohon dan meminta kepadaMu

Adilkah Dikau Ya Allah?......Dengan tangisan airku kepadaMu Ya Allah.......




Selesai dia berdoa dia pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW, dan menceritakan apa yang dia laluinya...dan apa yang dia minta olehnya kepada Allah....

Nabi tersenyum sambil berkata..

Allah maha merahmati Mu dan menyangiMu...wahai sahabat.Allah takut ...dan sangat-sangat takut Engkau akan lupa kepadanya satu hari nanti ....dan Dia tidak akan mendengar lagi doa-doa dan rintihan-rintihan dariMu untuk-Nya.

Sebab manuasi akan lupa kepada Allah dengan 3 perkara

v Kekayaan

v Arak

v Perempuan

Hurainya dari tiga-tiga perkara dia atas :-

§ Apabila seseorang manuasia itu memperolehi kekayaan dia mula lalai kepada amalan-amalannya dan lupa kepada Allah SWT.

§ Bila seseorang itu ada kekayaan dia boleh beli Arak....

§ Bila minum arak seseorang itu akan cari perempuan jadilah (ZINA)


Sebab itulah Allah beri sedikit demi sedikit kepadaMu dan dia suka mendengar Doa-doa orang yang Dia sayang....

Bersyukurlah Apa yang kamu ada..Terduduk Si nelanyan itu lalu menangis....atas perbuatannya....dan kelakuannya

Friday, December 22, 2006

MaRco

IKATAN SYAITAN

السلام عليكم ورحمة الله

IKATAN SYAITAN

Abu Hurairah r.a telah berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Syaitan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang di antara kamu itu bangun seraya menyebut nama Allah (membaca doa bangun tidur), maka akan terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila dia mengambil wudhuk maka akan terbukalah ikatan yang kedua. Apabila dia solat maka akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasakan suatu kesegaran dan ketenangan dalam hati, jika tidak dia akan merasa malas dan kekusutan hati”. (Imam Muslim)

Sekian, wallahu a’lam

والسلام عليكم ورحمة الله

ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِّنَ الأَمْرِ فَاتَّـبِـعْهَا وَلاَ تَـتَّـبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ

“kemudian Kami datangkan kepada kamu syariat (peraturan) dalam urusan (agama) itu,

maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”. الجاثية : 18

Dari Hati



Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diriMu tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf,
Jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mencari teman seteguh Ibrahim,
Andai diri tak sekuat Hajar dan Mengapa didamba teman
hidup sesempurna Muhammad .......jika ada kelemahan
pada dirimu dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikkan
Carilah kebaikkan pada dirinya
Bersyukurlah kerana dapat dipertemukan dengannya dan
Berdoalah agar dia menjadi milikMu selama-lamanya.......